Skip to main content

Dunia

Sekatan jalan raya di Putrajaya diteruskan semasa Kawalan Pergerakan Pemulihan

Sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Putrajaya masih diteruskan walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac lalu, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan jalan raya di Putrajaya diteruskan semasa Kawalan Pergerakan Pemulihan

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 07 Mar 2021 09:22PM Dikemas Kini : 07 Mar 2021 09:31PM

PUTRAJAYA: Sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Putrajaya masih diteruskan walaupun berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 5 Mac lalu, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali.

Beliau berkata operasi SJR masih diteruskan dan pemeriksaan secara rawak juga akan dijalankan bagi memastikan orang ramai tidak memasuki Putrajaya tanpa surat kebenaran bagi melindungi daerah itu daripada risiko jangkitan COVID-19.

"Ini kerana Putrajaya dikeliling oleh Kuala Lumpur dan Selangor yang masih di bawah PKP Bersyarat (PKPB). Jika tidak dikawal, Putrajaya ini akan menjadi kawasan orang ramai berkumpul.

“Itu sebab jika orang luar datang buat aktiviti di sini tanpa surat rentas daerah, polis akan mengenakan kompaun," katanya ketika dihubungi hari ini (7 Mac).

Mohd Fadzil berkata polis meneruskan kawalan ekoran masih ramai orang keliru tentang kawasan berdekatan Putrajaya tetapi terletak dalam daerah lain, contohnya pusat beli-belah IOI City Mall dan Cyberjaya adalah di bawah daerah Sepang.

Beliau berkata Presint 1 hingga Presint 20 terletak di bawah Putrajaya.

Katanya, hanya penduduk Putrajaya boleh menjalankan aktiviti dalam komuniti tanpa kehadiran orang luar dan meminta orang ramai memberi kerjasama bagi melindungi daerah itu daripada pandemik COVID-19.

Mohd Fadzil berkata tindakan itu adalah bagi memastikan insiden semalam tidak berulang yang menyaksikan lima individu disaman kerana melanggar prosedur operasi standard PKPP ketika bermain bola sepak di Padang Bola Sintetik di Presint 8 kerana tidak memiliki surat kebenaran merentas daerah atau negeri untuk berada di Putrajaya.

Putrajaya, pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, sering menjadi antara kawasan tumpuan orang ramai terutama pada hujung minggu untuk aktiviti beriadah serta bersukan kerana lokasinya yang strategik dan perjalanan singkat kerana dekat dengan Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita