Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekatan EU ke atas Rusia masih 'belum cukup', kata pegawai kanan Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan EU ke atas Rusia masih 'belum cukup', kata pegawai kanan Ukraine

(Gambar: John Thys/AFP)

Diterbitkan : 31 May 2022 10:01PM Dikemas Kini : 31 May 2022 10:01PM

MADRID: Sekatan-sekatan terkini Kesatuan Eropah (EU) ke atas Rusia, yang mengharamkan kebanyakan import minyak dari negara itu, "belum mencukupi".

Bahkan, rentak pelaksanaan sekatan-sekatan tersebut sejauh ini beransur terlalu lembab, kata seorang pegawai kanan di pejabat presiden Ukraine dalam ucapannya di Madrid pada Selasa (31 Mei). 

Dalam tindak balas paling keras kesatuan itu terhadap Moscow sejak pencerobohannya di Ukraine tiga bulan lalu, sidang puncak EU di Brussels pada Isnin (20 Mei) bersetuju dengan langkah-langkah yang, menurut para pegawai, akan menyekat dengan serta-merta lebih dua pertiga import minyak dari Rusia dan 90 peratus daripadanya menjelang akhir tahun ini. 

Ukraine juga tidak berpuas hati dengan rentak penghantaran senjata dari Barat, kata Ihor Zhovkva, Timbalan Ketua Pejabat Presiden Volodymyr Zelenskyy. 

"Seandainya kami sudah berpuas hati, kami akan memulakan operasi membebaskan Mariupol dengan serta-merta dan menyingkirkan tentera Rusia dari Donbas," ujar beliau.

"Kami berpegang kepada janji." 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa