Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekatan diperketat; Cathay Pacific batal beberapa penerbangan pada Januari

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan diperketat; Cathay Pacific batal beberapa penerbangan pada Januari

Kaunter daftar masuk Cathay Pacific di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong. (Gambar: Anthony Wallace/AFP)

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific akan membatalkan sebilangan penerbangan penumpang dalam bulan Januari, umum syarikat itu pada Rabu  (22 Dis). 

Langkah itu  disebabkan sekatan operasi dan perjalanan ketika pusat kewangan Asia itu memperketatkan syarat-syarat kuarantin. 

Syarikat penerbangan itu enggan mengulas tentang laluan penerbangan  terlibat namun, menyatakan pihaknya akan menghubungi semua penumpang yang terjejas dan akan cuba mengaturkan penerbangan alternatif bagi mereka. 

Sumber industri pelancongan yang tidak dibenar memberi komen secara terbuka  tentang hal tersebut memberitahu Reuters bahawa penerbangan terjejas termasuk kebanyakan penerbangan jarak jauh dari dan ke Australia, Amerika Utara dan Eropah. 

Laman Australia Cathay menunjukkan  syarikat itu hanya terbang ke Sydney dari Hong Kong pada Januari, dan tiada penerbangan ke Melbourne, Brisbane ataupun Perth, destinasi yang ditawarkan pada Disember. 

Bagi bulan Disember, Cathay merancang bagi jadual penerbangannya tidak lebih daripada 12 peratus jadual sebelum pandemik. Ini setelah ia membatalkan banyak penerbangan kerana tidak dapat cukup anak kapal  yang sanggup mengasingkan diri selama lima minggu di bilik hotel mereka. 

Sejak varian koronavirus Omicron dikesan, Hong Kong memperketatkan syarat-syarat perjalanan, dan mengehadkan kemasukan kepada warga dan penduduk yang kini harus menjalani kuarantin selama tiga minggu, walaupun sudah lengkap divaksin. 

Pemerintah Hong Kong mempunyai dasar "COVID-sifar", selari dengan China, dan berharap dapat meyakinkan Beijing untuk membenarkan perjalanan rentas sempadan.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan