Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekatan di Kashmir diperketat susuli ucapan Imran Khan di PBB

Pihak berkuasa wilayah Kashmir di bawah pentadbiran India mengetatkan sekatan ke atas pergerakan orang ramai pada Sabtu (28 Sep) untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya tunjuk perasaan akibat ucapan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan di Kashmir diperketat susuli ucapan Imran Khan di PBB

Seorang pegawai keselamatan mengawasi jalan raya semasa tempoh perintah berkurung di Srinagar pada 11 Ogos 2019. (Gambar: Sajjad HUSSAIN/AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2019 07:02PM Dikemas Kini : 28 Sep 2019 07:07PM

SRINAGAR: Pihak berkuasa wilayah Kashmir di bawah pentadbiran India mengetatkan sekatan ke atas pergerakan orang ramai pada Sabtu (28 Sep) untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya tunjuk perasaan akibat ucapan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan.

Encik Khan, dalam ucapan di Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat, memberi amaran akan berlakunya pertumpahan darah asebaik sahaja India menarik semula sekatan ke atas Kashmir. Sekatan tersebut berkuat kuasa sejak India melucutkan status autonomi wilayah itu pada Ogos dan menahan ribuan orang.

Sejurus selepas ucapan Encik Khan, ratusan warga Kashmir keluar dari rumah mereka dengan menjerit cogan kata menyokong Encik Khan pada lewat Jumaat malam dan menuntut kemerdekaan Kashmir.

Pada Sabtu, van polis yang dipasang dengan pembesar suara membuat pengumuman awam di beberapa bahagian Srinagar mengenai sekatan pergerakan, manakala askar tambahan dikerahkan untuk mengelak tunjuk perasaan, menurut seorang pegawai dan dua saksi.

Para askar juga menghalang akses ke pusat perniagaan utama Srinagar dengan dawai besi.

Kashmir yang majoriti pnduduknya beragama Islam, sudah sekian lama menjadi punca isu pertikaian antara India dan Pakistan, dua negara jiran yang memiliki senjata nuklear. Dua daripada tiga peperangan antara kedua-dua negara itu berpunca daripada wilayah yang dibahagikan itu. Kedua-dua negara masing-masing menguasai sebahagian Kashmir sambil menuntut kuasa ke atas keseluruhan wilayah itu.

Tindakan keras India ketika ia membatalkan status khas Kashmir disertai dengan sekatan ketat ke atas pergerakan penduduk, serta perkhidmatan telefon. Meskipun New Delhi sudah melonggarkan beberapa sekatan pergerakan, tiada tahanan yang terkenal dibebaskan dan khidmat telefon bimbit dan internet masih digantung.

Sambil memberi amaran tentang akibat menarik semula apa yang disifatkannya sebagai "perintah berkurung yang tidak berperikemanusiaan", Perdana Menteri Pakistan menuntut India berbuat demikian dan membebaskan semua tahanan.

Encik Khan menyampaikan ucapan di PBB sehari selepas diplomat kanan Amerika Syarikat bagi Asia Selatan menyeru agar retorik antara India dengan Pakistan dijernihkan, sambil mengatakan bahawa Washington berharap dapat melihat tindakan pantas oleh India untuk menarik balik sekatan yang telah dikenakannya ke atas Kashmir selain pembebasan tahanan di sana.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan