Skip to main content

Dunia

Sekatan COVID-19 dilonggarkan di Manila

Filipina hari ini (19 Ogos) mula melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 di ibu kota Manila dan kawasan sekitarnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekatan COVID-19 dilonggarkan di Manila

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 19 Aug 2020 06:31PM Dikemas Kini : 19 Aug 2020 06:33PM

MANILA: Filipina hari ini (19 Ogos) mula melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 di ibu kota Manila dan kawasan sekitarnya.

Hampir semua perniagaan serta gereja dibenarkan dibuka semula selepas kepungan ketat selama dua minggu.

Keputusan itu dibuat meskipun kes baru COVID-19 masih bertambah dengan banyak setiap hari.

Hari ini Kementerian Kesihatannya mengesahkan lebih 4,600 kes dan 111 kematian baru.

Ini menjadikan jumlah keseluruhannya lebih 173,000 kes manakala bilangan kematian pesakitnya meningkat kepada hampir 2,800.

Jumlah kes COVID-19 di Filipina adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Sumber : Agensi berita/ZK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita