Sekatan COVID-19 di Xinjiang dilonggarkan susuli tunjuk perasaan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP)
TAIPEI: Pihak berkuasa di wilayah barat Xinjiang, China membuka beberapa kejiranan di ibu kota Urumqi pada Sabtu (26 Nov) selepas para penduduk mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran pada lewat malam.
Tunjuk perasaan tersebut diadakan bagi menentang langkah sekatan pergerakan sifar COVID-19 yang ketat di bandar tersebut.

Langkah sekatan pergerakan tersebut sudah dikuatkuasakan lebih tiga bulan.
Para penduduk mengadakan tunjuk perasaan itu, menyusuli kejadian kebakaran di sebuah pekarangan apartmen yang meragut nyawa 10 mangsa. Para pekerja kecemasan dikatakan mengambil masa selama tiga jam untuk memadamkan api yang memarak. Langkah-langkah membendung COVID-19 yang dikuatkuasakan, menjadi punca utama yang dikatakan menyebabkan operasi memadam kebakaran tersebut tergendala.
Tunjuk perasaan yang tercetus serta kemarahan awam yang dipaparkan online, adalah antara petanda kemarahan yang memuncak dalam kalangan para penduduk di China terhadap pendekatan intensif negara itu dalam membendung COVID-19. Malah, ia adalah satu-satunya negara besar di dunia yang masih berperang dengan pandemik menerusi ujian besar-besaran dan sekatan pergerakan yang dijalankan.

Sumber : AP/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.