Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS sekat produk Smart Glove dari M'sia atas dakwaan amalan buruh paksa

Pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat mengenakan larangan  import terhadap pengeluar sarung tangan getah Malaysia, Smart Glove atas dakwaan amalan buruh paksa, menjadikansyarikat Malaysia kelima yang dikenakan larangan sedemikian  dalam masa 15 bulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
AS sekat produk Smart Glove dari M'sia atas dakwaan amalan buruh paksa

Tong sampah berisi picagari dan sarung tangan terpakai. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 05 Nov 2021 02:34PM Dikemas Kini : 05 Nov 2021 03:02PM

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa kastam Amerika Syarikat mengenakan larangan import terhadap pengeluar sarung tangan getah Malaysia, Smart Glove atas dakwaan amalan buruh paksa, menjadikansyarikat Malaysia kelima yang dikenakan larangan sedemikian dalam masa 15 bulan lalu.

Reuters melaporkan, Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS mengeluarkan “perintah tahan pelepasan” untuk melarang import produk Smart Glove dan kumpulan syarikatnya, menurut agensi itu dalam satu kenyataan pada Khamis (4 Nov).

Keputusan itu katanya berdasarkan bukti wajar yang menunjukkan "penggunaan buruh paksa di kemudahan pengeluaran syarikat Smart Glove."

Smart Glove yang membuat sarung tangan untuk kegunaan perubatan dan industri makanan, belum memberikan reaksinya.

Menurut kenyataan CPB itu lagi, hasil siasatannya mengenal pasti tujuh daripada 11 petunjuk amalan buruh paksa seperti yang ditetapkan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam pengeluaran Smart Glove, namun tidak menyatakan petunjuknya secara khusus.

Larangan terhadap Smart Glove itu yang terbaru
membabitkan syarikat Malaysia. Baru dua minggu lalu, larangan serupa dikenakan terhadap produk Supermax Corporation Bhd atas dakwaan sama.

Syarikat-syarikat Malaysia lain yang pernah berdepan larangan oleh CBP sebelum ini termasuk Sime Darby Plantation, FGV Holdings Bhd, dan WRP Asia Pacific. 

Sumber : Reuters/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan