Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekarang masanya desak Rusia bagi keamanan, tegas Zelenskyy

Anggaran Waktu Membaca:
Sekarang masanya desak Rusia bagi keamanan, tegas Zelenskyy

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy. (Gambar: Pejabat Akhbar Presiden Ukraine melalui AP)

KHERSON, UKRAINE: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Selasa (15 Nov) menggesa pemimpin dunia supaya melakarkan pelan untuk menamatkan peperang di negaranya.

Beliau berkata sekarang adalah masa untuk mendesak keamanan selepas kekalahan Rusia di bandar selatan Kherson.
Pada masa yang sama, beliau berkata Ukraine tidak akan membenarkan tentera Rusia untuk berkumpul semula selepas mereka berundur dari Kherson.

Encik Zelenskyy berkata akan ada lebih banyak pertempuran sehingga Ukraine merampas semula kawalan ke atas semua wilayah yang ditakluki.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa sidang puncak Kumpulan 20 (G20) di Indonesia, di mana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine merupakan fokus utama perbincangan dalam kalangan pemimpin ekonomi utama dunia.

"Saya yakin inilah masanya peperangan Rusia yang memusnahkan harus ditamatkan," kata beliau menerusi pautan video ke sidang puncak itu di pulau peranginan Bali, menurut salinan ucapannya yang disemak oleh Reuters.

Beliau menggesa Rusia agar mengundurkan semua tenteranya daripada Ukraine dan mengesahkan semula integriti wilayah Ukraine sambil berkata Kyiv tidak akan bertolak ansur mengenai kedaulatan, wilayah atau kemerdekaan.

Beliau juga menyeru agar semua banduan Ukraine dibebaskan.

Kyiv juga mengalu-alukan komen China yang mengutuk ancaman untuk menggunakan senjata nuklear. Ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, dan Presiden China, Xi Jinping, bertemu pada Isnin (14 Nov).
AS menjangkakan G20 akan mengecam peperang Rusia di Ukraine dan kesannya terhadap ekonomi global, kata seorang pegawai kanan AS.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan