Sejumlah warga Yogyakarta sudah mula puasa dan solat tarawih
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar; TikTok
YOGYAKARTA: Berbeza dengan majoriti umat Islam yang lain, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta sudah mula menunaikan solat tarawih pada Rabu (6 Mac), secara tidak langsung tarikh 1 Ramadan bagi mereka bermula pada Khamis.
Hal tersebut tular selepas video perkongsian jemaah masjid berkenaan menunaikan solat tarawih dimuat naik di platform TikTok.
Imamnya, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata, solat tarawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat tarawih yang dilakukan di lokasi lain.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya.
“(Solat tarawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan," sambungnya.
Selain itu, sejumlah jemaah juga turut mengadakan solat tarawih di masjid sekitar 20 meter dari rumah Mbah Benu.
Menurut KompasTV, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa'ban Nuroni pernah berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat.
“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata Encik Sa’ban, dipetik dari Tribun Jogja.
Beliau juga berharap umat Islam lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia kerana mereka memahami perbezaan ini.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.