Sejumlah syarikat pelancongan asing didapati galak pemegang visa lawatan tunai haji
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/FADEL SENNA)
RIYADH: Kolonel Talal Al-Shalhoub, jurucakap keselamatan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, sejumlah syarikat pelancongan dari beberapa negara memperdaya pemegang visa lawatan dengan memberikan visa bukan untuk haji.
Malah, mereka digalakkan untuk melanggar peraturan, dengan menetap di Makkah dua bulan sebelum musim haji, lapor Saudi Gazette.
Dalam wawancara bersama Al-Arabiya Televisyen, Kolonel Talal berkata sebahagian individu mengambil kesempatan ke atas visa lawatan dan visa lain yang bukan untuk haji.
"Kementerian ini sudah mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan kempen kesedaran berkait menunaikan haij tanpa visa yang sah serta menguatkuasakan hukuman terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
"Visa haji bukan sekadar kad transit, namun ia adalah alat penting yang memberi akses dan khidmat kepada jemaah, serta mengenal pasti lokasi mereka untuk diberikan penjagaan dan khidmat yang diperlukan dengan segera," katanya sambil menekankan bahawa tanpa permit haji, ia akan menimbulkan pelbagai masalah berkaitan penyediaan khidmat dan penjagaan kesihatan bagi mereka yang melanggar peraturan.
Kolonel Talal mengesahkan kejayaan perancangan keselamatan ketika musim haji tahun ini.
Jurucakap itu menekankan bahawa kejayaan langkah-langkah keselamatan tersebut adalah bukti kepada usaha yang dirancang oleh pelbagai agensi keselamatan, tentera dan pemerintah. Usaha tersebut memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah mereka dengan selamat, aman dan selesa.
Beliau berkata 83 peratus jemaah yang meninggal dunia pada musim haji tahun ini, iaitu 1,079 daripada 1,301, adalah mereka yang tidak mempunyai permit haji.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.