Sejumlah penerbangan di Istanbul dibatalkan kerana ribut salji
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Yasin AKGUL)
ISTANBUL: Ribut salji yang melanda Istanbul sejak Khamis (20 Feb) telah menyebabkan kelengahan terhadap perkhidmatan pengangkutan udara, laut dan darat, selain memaksa sekolah-sekolah ditutup selama dua hari berturut-turut.
Ribut itu juga menyebabkan suhu turun dengan ketara di sekitar Istanbul dan salji tebal, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat (21 Feb).
Dua lapangan terbang utama Istanbul iaitu Lapangan Terbang Istanbul dan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen dilaporkan mengalami gangguan.
Landasan lapangan terbang yang dilitupi salji menyebabkan beberapa pesawat terpaksa berlegar di udara dan ada yang melaporkan kecemasan bahan api.
Pihak berkuasa Lapangan Terbang Sabiha Gokcen memaklumkan 45 peratus penerbangannya pada Jumaat telah dibatalkan, 30 peratus pada Sabtu (22 Feb) dan lagi 10 peratus penerbangan pada Ahad (23 Feb) dibatalkan.
Syarikat penerbangan Turkish Airlines turut melaporkan beberapa penerbangannya dibatalkan di kedua-dua lapangan terbang itu.
Media tempatan di Turki melaporkan berlaku kemalangan kecil di jalan-jalan raya yang licin, manakala perkhidmatan feri terpaksa membatalkan dan menangguhkan beberapa khidmat.
Gabenor Istanbul Davut Gul berkata semua institusi pendidikan di bandar itu akan terus ditutup pada Jumaat.
Kenderaan bermotosikal dan perkhidmatan penghantaran juga diharamkan di jalan-jalan raya mulai tengah malam Jumaat sehingga diberitahu kelak.
Pelan Tindak Balas Bencana Istanbul telah diaktifkan di semua 39 daerah, dengan usaha mencairkan jalan raya dan membersihkan kawasan yang diselimuti salji sedang giat dijalankan.
Pejabat Gabenor Istanbul turut memaklumkan lebih 1,000 golongan gelandangan sudah ditempatkan di pusat perlindungan.
Datuk Bandar Istanbul Ekrem Imamoglu menyeru para penduduk supaya gunakan pengangkutan awam atau jangan keluar rumah kecuali jika perlu.
Pihak berkuasa Istanbul meramalkan ribut salji itu akan berterusan sehingga pagi Isnin (24 Feb), dengan suhu dijangka turun mencecah paras beku pada waktu malam.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.