Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sejuk hati warga net dengar suara lelaki ini sambung ayat Al-Quran dalam cabaran TikTok

Anggaran Waktu Membaca:
Sejuk hati warga net dengar suara lelaki ini sambung ayat Al-Quran dalam cabaran TikTok

(Gambar: Tangkapan skrin video @abdqawiyaro/TikTok)

KUALA LUMPUR: Mengaji dan membaca Al-Quran merupakan amalan yang perlu diamalkan oleh setiap muslimin dan muslimat.

Tidak dinafikan, ada sesetengah orang yang pandai menghafal semua surah. Bacaan mereka juga sangat sedap didengar.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki membuat cabaran "sambung ayat Al-Quran" di Kuala Lumpur.

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membawa sepanduk "sambung ayat Al-Quran dapat RM50" (S$15.58).

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dengan selamba menerjah orang sekeliling untuk menyambung ayat Al-Quran, menurut portal SAYS. 

Lebih mengagumkan warga net adalah apabila salah seorang pak cik dilihat berjaya menyambung ayat Al-Quran dengan bacaan yang sedap. 

Seorang warga net berkata: "Macam imam solat jumaat ayah dia."

"Pak cik itu nampak macam biasa-biasa saja, rupa-rupanya luar biasa. Masya'Allah, mesti anaknya bangga," kata seorang lagi warga net. 

Ramai juga memuji idea video pencipta kandungan itu. 

"Kita yang mendengar dia baca pun dapat pahala." 

"Kandungan macam ini lah yang kita perlukan untuk sentiasa tonton di TikTok. Saya sokong," ujar seorang warga net. 

Sumber : Sumber Web/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan