Skip to main content

Dunia

Sehingga 19 juta penduduk dunia dikhuatiri 'kelaparan kronik' angkara konflik Rusia-Ukraine

Perang di Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global dan boleh menyebabkan tambahan 11 hingga 19 juta orang mengalami kelaparan kronik, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat (10 Jun), lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Sehingga 19 juta penduduk dunia dikhuatiri 'kelaparan kronik' angkara konflik Rusia-Ukraine

Penduduk meninggalkan bandar Sloviansk, Donbas, pada 2 Jun 2022. (Gambar: Aris Messinis/AFP)

GENEVA: Perang di Ukraine memberi kesan ketara kepada pasaran makanan global dan boleh menyebabkan tambahan 11 hingga 19 juta orang mengalami kelaparan kronik, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada Jumaat (10 Jun), lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap FAO Boubaker Ben Belhassen dalam satu taklimat media berkata kedua-dua negara yang terlibat dalam konflik itu adalah pengeluar utama komoditi pertanian dunia, dengan gabungan bahagian sekitar 30 peratus daripada eksport gandum global.

Negara-negara paling terjejas akibat konflik tersebut adalah di wilayah-wilayah utara Afrika, katanya.

Beliau turut memetik dapatan tinjauan makanan terbaru FAO, yang menunjukkan kemungkinan mengetatkan pasaran komoditi makanan pada 2022 disebabkan oleh "harga input yang melambung tinggi, kebimbangan mengenai cuaca dan keadaan pasaran yang tidak menentu.”

Selain itu katanya lagi, harga makanan antarabangsa yang lebih tinggi diunjur akan meningkatkan bil import makanan global sehingga AS$1.8 trilion pada 2022.

"Bil import yang lebih tinggi terutamanya mencerminkan kos unit lebih tinggi berbanding volum yang lebih tinggi, dengan banyak negara, terutamanya negara yang terdedah dari segi ekonomi, akan menghadapi bil yang lebih tinggi ketika mengimport dalam jumlah lebih kecil," katanya.
 
Sumber : Bernama/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita