Segamat, Kota Bharu catat indeks pencemaran udara tidak sihat
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Agensi berita
SHAH ALAM: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Segamat, Johor dan Kota Bharu, Kelantan, kekal mencatat bacaan tidak sihat setakat jam 10.00 pagi pada Ahad (16 Apr).
Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kadar IPU Segamat mencatatkan bacaan 151, manakala Kota Bharu 113, dipetik daripada agensi berita Sinar Harian.
Bacaan IPU di kedua-dua kawasan itu meningkat daripada angka 112 (Segamat) dan 108 (Kota Bharu) berbanding yang dicatatkan pada jam 8.00 pagi pada Ahad, lapor Sinar Harian.
Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya.
Sebanyak 65 stesen pula mencatatkan bacaan sederhana, dengan Tanah Merah, Kelantan merekodkan angka tertinggi iaitu 100, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (96);Terengganu, 95; Putrajaya (93); Jerantut, Pahang (90) Larkin, Johor dan Minden, Pulau Pinang masing-masing 87.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.