Skip to main content

Dunia

Segamat kawasan kedua di Johor dilanda banjir

Anggaran Waktu Membaca:
JOHOR BAHRU: Segamat menjadi daerah kedua dilanda banjir di Johor, dengan dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menempatkan 25 mangsa daripada lima keluarga dibuka pada Rabu (27 Dis), pukul 2.00 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Dr Azmi Rohani berkata sebanyak 17 penduduk daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala lapan sekeluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Jabi.

Sebelum ini, sebuah PPS dibuka di Mersing iaitu PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin susulan hujan lebat berterusan.

"Jumlah mangsa banjir di Kampung Orang Asli Peta kekal 83 orang daripada 25 keluarga yang kesemuanya ditempatkan di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, laluan masuk ke Kampung Orang Asli Peta masih terputus hubungan sejak semalam dan pemantauan giat dilakukan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sementara itu, paras air sungai di Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, berada pada paras amaran iaitu 5.62 meter.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita