Skip to main content

Dunia

Segamat dilanda satu lagi gempa; gempa ke-4 dalam seminggu

Anggaran Waktu Membaca:
Segamat dilanda satu lagi gempa; gempa ke-4 dalam seminggu

Lokasi di mana gempa berlaku di Segamat pada pagi 29 Ogos 2025. (Gambar: Google/Jabatan Meteorologi Malaysia)

JOHOR BAHRU: Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Segamat awal pagi Jumaat (29 Ogos), menjadikannya kejadian keempat dicatat di daerah tersebut minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan gempa pada pukul 4.24 pagi tadi berpusat di koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur, kira-kira 22 kilometer timur laut dari Segamat, pada kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor. 

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran agar mengisi borang soal selidik bagi membantu penilaian agensi itu.

Sebelum ini, Segamat mencatat tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita