Segamat dan Petaling Jaya catat indeks pencemaran udara tidak sihat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Astro Awani)
KUALA LUMPUR: Daerah Segamat masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat yang boleh menjejaskan tahap kesihatan.
Kemas kini laman Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pada pukul 11.00 pagi, Segamat mencatatkan bacaan 106, lapor Astro Awani.
Sementara itu, daerah Petaling Jaya pula merekodkan bacaan yang semakin pulih iaitu 70 berbanding semalam sebanyak 108 yang turut berada dalam kategori kurang memuaskan.
Sebagai rekod, bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya, seperti dipetik laporan Astro Awani.
Setakat ini, daerah Kedah, Perak, Sabah, dan Sarawak antara negeri yang mencatatkan bacaan IPU yang memuaskan.
Baru-baru ini beberapa kawasan merekodkan bacaan IPU yang tidak sihat termasuk Segamat yang merekodkan bacaan paling terburuk.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.