Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Sedekah' kepada pengundi semasa pilihan raya tetap rasuah, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM

Anggaran Waktu Membaca:
'Sedekah' kepada pengundi semasa pilihan raya tetap rasuah, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki. (Gambar fail: Bernama)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.

Memetik laporan The Star, Pesuruhjayanya Azam Baki berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

“Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata."

“Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak,” katanya, lapor Sinar Harian.

Encik Azam menegaskan bahawa Seksyen 10 (a) mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkenaan petisyen difailkan UMNO Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.
Menurut laporan Sinar Harian, Encik Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan