Skip to main content

Dunia

Sebutan kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA dijadualkan pada 26 Nov

Mahkamah Seksyen Sepang menetapkan kes terhadap pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi wanita itu, disebut semula pada 26 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebutan kes lelaki cuba bunuh isteri di KLIA dijadualkan pada 26 Nov
Diterbitkan : 15 Oct 2024 01:25PM
SEPANG: Mahkamah Seksyen Sepang menetapkan kes terhadap pengurus syarikat agensi pelancongan Hafizul Hawari yang didakwa cuba membunuh isterinya dan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pengawal peribadi wanita itu, disebut semula pada 26 November.

Hakim Amir Affendy Hamzah menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam yang mewakili Hafizul, Nik Azim Azlan memohon untuk meneliti dokumen termasuk laporan kimia yang diserahkan pihak pendakwaan hari ini (15 Okt). 

“Meminta tarikh untuk penelitian dokumen untuk melihat sama ada lengkap atau tidak dokumen-dokumen tersebut,” katanya pada sebutan kes tersebut hari ini.

Pada 25 April, Hafizul didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan cuba membunuh isterinya Farah Md Isa, 38 tahun, di Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.09 pagi pada 14 April lalu.

Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, dan jika menyebabkan kecederaan hendaklah dipenjara hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap pengawal peribadi isterinya, Mohd Nur Hadith Zaini, 38 tahun, dengan menggunakan pistol yang boleh menyebabkan kematian di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Bagi tuduhan itu, Hafizul didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Sumber : Sumber Web/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita