Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sebuah kenderaan berundur secara tiba-tiba ke Medan Selera Melaka

Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah kenderaan berundur secara tiba-tiba ke Medan Selera Melaka

(Gambar: Twitter/Bernama Radio)

MELAKA TENGAH: Lebih 10 pelanggan di Medan Selera Tanjung Kling, Pantai Puteri, di sini berdepan detik cemas apabila sebuah kenderaan secara tiba-tiba berundur dan merempuh medan selera itu ketika mereka sedang menjamu selera, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.43 petang itu, kesemua mangsa, bagaimanapun, sempat mengelak dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza itu dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, lapor Astro Awani.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila remaja itu diminta ibunya untuk memanaskan enjin. Ketika sedang memanaskan enjin, remaja terbabit telah tertekan pedal minyak dan mengubah gear kepada butang R menyebabkan ia mengundur secara mengejut.


“Kereta itu kemudian bergesel dengan kereta bersebelahannya dan merempuh beberapa pelanggan dalam medan selera tersebut namun mujur mereka sempat mengelak," katanya dalam kenyataan yang diedarkan, di sini, hari ini.

Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan