Skip to main content

Dunia

Sebilangan mangsa cedera dalam serangan tembakan AS

Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah kawasan perindustrian di luar Chicago pada Jumaat (15 Feb), menyebabkan beberapa orang awam cedera sebelum dia ditembak mati oleh pegawai polis, menurut laporan-laporan dan para pegawai.

Anggaran Waktu Membaca:
Sebilangan mangsa cedera dalam serangan tembakan AS

Para pegawai polis di kawasan perindustrian di luar Chicago. (Gambar: Antonio Perez./AP)

Diterbitkan : 16 Feb 2019 08:28AM Dikemas Kini : 16 Feb 2019 09:05AM

CHICAGO: Seorang lelaki melepaskan tembakan di sebuah kawasan perindustrian di luar Chicago pada Jumaat (15 Feb), menyebabkan beberapa orang awam cedera sebelum dia ditembak mati oleh pegawai polis, menurut laporan-laporan dan para pegawai.

Para saksi memberitahu media tempatan bahawa mereka mengunci diri masing-masing dalam bangunan berdekatan apabila seorang lelaki berusia dalam lingkungan usia 30-an atau 40-an tahun melepaskan tembakan di sebuah kompleks pengilangan di Aurora, Illionis.

Media tempatan melaporkan bahawa penembak yang disyaki itu dibunuh tidak lama setelah polis tempatan dan ejen Biro Siasatan Federal Amerika (FBI) menyerbu kawasan tersebut, iaitu 65 kilometer barat dari pusat Chicago.

Encik John Probst, yang berada dalam bangunan apabila serangan tembakan itu berlaku tetapi berjaya melarikan diri, memberitahu rangkaian sekutu ABC TV tempatan bahawa beliau mengenali penembak itu. Dia adalah rakan sekerjanya.

Akhbar tempatan Daily Herald melaporkan di lamannya bahawa lima pegawai polis dan "beberapa orang awam" cedera akibat serangan itu.

"Terdapat laporan-laporan yang belum disahkan bahawa sekurang-kurangnya satu orang awam maut," menurut akhbar itu. Bagaimanapun ia tidak pasti sama ada individu yang maut itu adalah penyerang tersebut atau mangsa lain.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita