Sebilangan jadi mangsa dalam insiden tembakan dekat Los Angeles
Polis California menyatakan hari ini (5 Jan) bahawa pihaknya memberi respons kepada satu insiden tembakan yang melibatkan 'beberapa mangsa' di sebuah pusat boling dekat Los Angeles.
WASHINGTON: Polis California menyatakan hari ini (5 Jan) bahawa pihaknya memberi respons kepada satu insiden tembakan yang melibatkan 'beberapa mangsa' di sebuah pusat boling dekat Los Angeles.
Dalam catatan Twitter yang dimuat naik sejurus selepas tengah malam, Jabatan Polis Torrance menyatakan terdapat "aduan-aduan mengenai beberapa das tembakan yang dilepaskan, melibatkan sebilangan mangsa".
"TPD sedang berada di lokasi kejadian. Siasatan sedang dijalankan. Sila jangan mendekati kawasan itu," tambahnya.
Menurut laporan Los Angeles Times, insiden tembakan tersebut berlaku di Gable House Bowl iaitu sebuah kompleks permainan.
Seorang saksi memberitahu akhbar berkenaan bahawa terdapat satu "pergaduhan besar" sebelum berlakunya insiden tembakan tersebut.
Torrance, sebuah bandar tepi pantai, terletak sekitar 32 kilometer dari bahagian tenggara pusat bandar Los Angeles.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, hampir 40,000 orang terbunuh di Amerika Syarikat akibat insiden senjata api pada 2017. Perangkaan itu termasuk kes bunuh diri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.