Sebat pesalah syariah di Terengganu bukan bertujuan hukum secara kejam: Ketua Hakim Syarie Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga nilai-nilai agama.
Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Mohd Amran Mat Zain berkata hukuman itu dijalankan dengan mengambil kira prinsip kemanusiaan dan dilakukan dengan penuh etika.
“Contohnya pegawai perubatan akan memastikan keadaan kesihatan pesalah sebelum dan selepas pelaksanaan hukuman, manakala alat sebatan juga direka khas untuk mengurangkan risiko kecederaan fizikal,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu (28 Dis).
Kenyataan itu dikeluarkan bagi memberikan penjelasan dan konteks yang tepat berkenaan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu, yang menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat.
Encik Mohd Amran berkata hukuman sebatan di luar penjara itu adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah dan enakmen negeri yang relevan, dan pelaksanaannya mematuhi garis panduan yang dibangunkan dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan seperti JKSM, Jabatan Penjara, Kementerian Kesihatan, dan pihak berkuasa agama negeri.
“SOP ini tidak menyebut tentang kehadiran khalayak awam secara umum, apatah lagi dalam jumlah besar. Sebaliknya ia menekankan aspek privasi, pengurusan tertib, dan pematuhan kepada undang-undang serta etika. Hal ini penting bagi memastikan pelaksanaan hukuman tidak disalahertikan atau dijadikan tontonan yang sensasi,” katanya.
Beliau berkata Malaysia adalah negara yang unik dengan wujudnya dua undang-undang iaitu undang-undang sivil dan syariah yang secara khusus mengatur hal-hal berkaitan umat Islam di samping undang-undang adat di Sabah dan Sarawak.
“Dalam konteks ini penting untuk masyarakat memahami bahawa pelaksanaan hukuman ini adalah sebahagian daripada usaha menegakkan keadilan dan menjaga kesejahteraan masyarakat menurut prinsip agama,” katanya.
Mengenai kebimbangan mengenai islamofobia, Encik Mohd Amran berkata beliau percaya ia tidak sama sekali berbangkit dalam pelaksanaan hukuman sebat itu kerana kehadiran pihak luar menyaksikan pelaksanaannya adalah tertakluk kebenaran mahkamah syariah, dan lokasi yang ditetapkan adalah di masjid.
"Maka adalah pasti ia hanya disaksikan oleh orang Islam sahaja dan jelas sekali hukuman tersebut bagi menyedarkan umat Islam untuk tidak melakukan kesalahan yang sama,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.