Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sebarang keputusan UMNO perlu lalui struktur Majlis Kerja Tertinggi, Biro Politik

Anggaran Waktu Membaca:
PADANG TERAP: Kesemua keputusan melibatkan UMNO termasuk kerjasama dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) perlu melalui struktur yang sedia ada di dalam parti berkenaan.

Naib Presiden UMNO Mahdzir Khalid menjelaskan sebarang ketetapan atau kata putus yang dibuat merupakan hasil perbincangan di peringkat Biro Politik serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Tambahnya, beliau turut dimaklumkan perbincangan mengenai kerjasama parti itu dengan PAS juga akan diadakan dalam masa terdekat namun tarikh perbincangan itu belum lagi diputuskan, lapor Astro AWANI.

Encik Mahdzir turut menjelaskan bahawa 'Top 5' UMNO melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden masih belum mengadakan perbincangan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Dia parti (UMNO), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur dalam parti, dalam parti ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT), sebelum MKT itu ada Biro Politik dan Majlis Tertinggi yang akan buat sebarang keputusan berkaitan parti, termasuk keputusan (mengenai kerjasama PAS itu).

"(Saya rasa akan) dibuat Majlis Tertinggi, dalam masa terdekat, (mengenai tarikh PRU15), (Top 5 UMNO) belum (lagi bincang)," katanya, seperti dinukil Astro AWANI.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas mengadakan lawatan ke tapak Ladang Ayam Felcra di Kampung Kubang Palas, Padang Terap pada Jumaat (9 Sep).

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengatakan bahawa cadangan agar perbincangan dijalankan antara UMNO dan PAS mengenai 27 kerusi kritikal menjelang PRU15 akan datang perlu diberi perhatian.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO, menjelaskan, cadangan terbabit perlu dikaji secara rasmi oleh UMNO dan sebarang keputusan hanya akan dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sekiranya mereka bersetuju.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan