Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sebanyak 3,483 laporan polis diterima berkaitan PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
Sebanyak 3,483 laporan polis diterima berkaitan PRU15

Pengarah Operasi PRU15 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hazani Ghazali. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima sebanyak 3,483 laporan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh bermula 4 Nov hingga Isnin (21 Nov).

Pengarah Operasi PRU15 PDRM Hazani Ghazali berkata daripada jumlah itu, Kedah mencatatkan jumlah laporan kesalahan tertinggi iaitu sebanyak 453, diikuti Selangor (449), Pahang (433), Kelantan (432); Perak (335) serta Johor (304).

 Sebanyak 236 laporan pula diterima di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (224); Perlis (214);  Sabah (120); Sarawak (88); Pulau Pinang (85); Terengganu (63) dan Melaka (47), katanya dalam kenyataan pada Selasa (22 Nov).

"Sebanyak 515 kertas siasatan telah dibuka, 180 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dengan enam sudahpun dituduh dan empat individu dijatuhi hukuman.

Sementara itu, Hazani yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman berkata semalam, enam kertas siasatan sudah dibuka melibatkan enam di Kelantan dan masing-masing satu di Perak, Melaka, Johor dan Sabah.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan