Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sebahagian umat Islam di Yogyakarta sambut 1 Syawal pada 5 Apr

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Nampak pelik tetapi itulah realitinya apabila sebahagian umat Islam di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia menyambut 1 Syawal pada Jumaat (5 Apr).

Menurut laporan Detiknews pada Khamis (4 Apr), para jemaah di daerah itu menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah imam Masjid Aolia di Kabupaten Gunungkidul.
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, Lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan kerohanian'.

“Sebenarnya ini adalah kerana keyakinan.

"Di Indonesia kita boleh beraya awal atau puasa awal. Tiada masalah.

“Yang penting jaga kesatuan dan jangan menyalahkan yang lain,” katanya atau lebih dikenali dengan panggilan Mbah Benu, dipetik Sinar Harian.

Menantu Mbah Benu, Daud pula memberitahu, tiada takbir dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Sebelum ini, jemaah Masjid Aolia dilaporkan sudah mula berpuasa pada Khamis, 7 Mac 2024, menurut laporan Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan