Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sebahagian besar Saudi akan dilanda gelombang panas, angin kuat mulai 13 Mei

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Pusat Meteorologi Kebangsaan  (NCM) Arab Saudi mengumumkan pada Rabu (11 Mei) bahawa sebahagian besar negara itu akan mengalami suhu setinggi 49 darjah Selsius dan angin berdebu mulai Jumaat (13 Mei) sehingga Isnin (16 Mei). 

Demikian menurut laporan Saudi Gazette. 

Pusat tersebut menyatakan wilayah Makkah dan Madinah dijangka mengalami gelombang panas, dengan suhu maksimum mencecah 46 hingga 49 darjah Selsius. 

Ia juga menyatakan kesan gelombang panas itu akan turut dirasakan di bahagian pesisiran pantai Yanbu, Rabigh dan Jeddah serta Umluj di wilayah Tabuk. 

Gelombang panas itu akan diiringi dengan angin berdebu pada permukaan aktif yang mengurangkan jarak penglihatan mendatar,  tambah NCM. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan