Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Scotland larang pukul anak

Penggubal undang-undang Scotland mengundi pada Khamis (3 Okt) untuk melarang para ibu bapa dan penjaga daripada memukul anak-anak.

Anggaran Waktu Membaca:
Scotland larang pukul anak

Penggubal undang-undang Scotland larang para ibu bapa dan penjaga daripada memukul anak-anak. (Gambar: Andrew Milligan/AFP)

Diterbitkan : 04 Oct 2019 12:25PM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 12:29PM

LONDON: Penggubal undang-undang Scotland mengundi pada Khamis (3 Okt) untuk melarang para ibu bapa dan penjaga daripada memukul anak-anak.

Para ahli parlimen Scotland mengundi 84 berbanding 29 untuk memperkenalkan undang-undang yang akan menjadikannya satu kesalahan jenayah untuk ibu bapa mengenakan denda fizikal terhadap seorang kanak-kanak.

Buat masa ini, ibu bapa boleh menggunakan denda fizikal "yang berpatutan" untuk mendisiplin anak-anak.

Scotland adalah yang pertama di United Kingdom untuk melarang tindakan memukul anak.
Undang-undang itu akan dikuatkuaskan dalam tempoh 12 bulan selepas ia diluluskan oleh Ratu Elizabeth II.

Perdana Menteri Pertama Scotland Nicola Sturgeon yang menyokong rang itu, berkata bahawa ia memberikan "perlindungan sama terhadap serangan seperti orang dewasa".

Langkah tersebut dibantah oleh pihak Konservatif.

Encik Oliver Mundell, seorang penggubal undang-undang Konservatif, berkata bahawa perundangan itu "tidak tepat dan tidak cekap". 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan