Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Sayang sekali' lawatan Blinken ke China ditangguh; ASEAN akan terus tumpu perhatian kepada hubungan AS-China

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan pada Sabtu (4 Seb) berkata penangguhan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken ke China yang sudah lama dinanti-nantikan amat "dikesali" dan beliau turut melahirkan harapan agar kedua-dua pihak akan saling mengawal diri.

Encik Blinken yang dijadual berangkat ke Beijing pada Jumaat malam (3 Feb), menangguhkan rancangan tersebut selepas belon persikan China dikesan berlegar-legar di ruang udara AS yang disifatkan oleh Washington sebagai satu tindakan "yang secara terang-terangan" mencabuli kedaulatan negara tersebut.

Dalam pada itu, China meluahkan kekesalannya "belon" yang digunakan bagi tujuan kaji cuaca dan urusan saintifik lain, tersasar ke ruang udara AS.
Semasa bercakap dengan para wartawan dalam satu wawancara secara maya, Dr Balakrishnan berkata, insiden itu merupakan satu peringatan bahawa dunia belum lagi tenang dan aman, sambil menambah bahawa pelbagai isu mungkin timbul dalam masa setahun dua.

"Ia sebenarnya menggambarkan betapa mudahnya insiden yang tidak diduga akan menjejas mesyuarat dan usaha pendampingan yang dijadualkan," katanya.

"Inilah sebabnya mengapa ASEAN menumpukan perhatian kepada hubungan yang rapuh antara AS dan China."

Sambil menggesa kedua-dua pihak supaya terus mengadakan rundingan terbuka, Dr Balakrishnan berkata, usaha sedemikian akan membantu mengelakkan sebarang salah faham dan prospek berlaku insiden-insiden yang tidak diingini.

"Daripada perspektif Asia Tenggara, bukan kami saja yang mengharapkan agar mereka mencapai kesepakatan sementara, bahkan kami juga mahu kedua-dua pihak saling mendampingi kami atas kelebihan kami dan bukan melalui persaingan antara kedua-dua kuasa besar dunia itu," kata Dr Balakrishnan.

"Justeru mesej kami konsisten dan jelas kepada kedua-dua AS dan China iaitu perdagangan dan pelaburan adalah strategik di Asia Tenggara."

Dr Balakrishnan berkata demikian semasa menggulung lawatan kerja selama dua hari ke Jakarta, Indonesia di mana beliau menghadiri Mesyuarat Majlis Penyelaras ASEAN ke-32 dan Retreat Menteri-Menteri Luar ASEAN.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan