Skip to main content

Dunia

Saya tidak terlibat dengan video itu, tegas Anwar Ibrahim

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terlibat dan tidak mahu terlibat dengan isu video seks terbaru yang didakwa melibatkan timbalannya Encik Azmin Ali.

Anggaran Waktu Membaca:
Saya tidak terlibat dengan video itu, tegas Anwar Ibrahim

Gambar fail Anwar Ibrahim. (Gambar: REUTERS/Olivia Harris)

Diterbitkan : 06 Sep 2019 09:36AM Dikemas Kini : 06 Sep 2019 09:38AM

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata beliau tidak terlibat dan tidak mahu terlibat dengan isu video seks terbaru yang didakwa melibatkan timbalannya Encik Azmin Ali.

“Saya tidak terlibat.

“Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sebuah forum antirasuah di Petaling Jaya pada Khamis (5 Sep).

Beliau berkata demikian setelah ditanya berkaitan penyebaran terbaru rakaman video didakwa asmara Encik Azmin dan seorang lelaki.

Ia disebarkan kepada para pemberita semalam, lapor Malaysiakini.

Malaysiakini melaporkan bahawa pada pagi Khamis, enam lagi klip video disebarkan, kali ketiga ia dilakukan.

Ia diedarkan melalui kumpulan Whatsaap bertajuk “Video Terkini Azmin” yang dicipta pada pukul 3.35 pagi semalam.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita