"Saya tidak tahu sama sekali", kata Anwar berkait dakwaan PAS ditawar sertai Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berucap di sebuah sidang media pada 5 Dis 2022. (Gambar fail: Pejabat Perdana Menteri Malaysia/Afiq Hambali)
Encik Anwar berkata, beliau sama sekali tidak dimaklumkan berhubung perkara itu, malah ia tidak pernah dibincang pada peringkat pimpinan tertinggi kerajaan antara Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN), lapor agensi Berita Harian Malaysia.
"Saya tidak dimaklumkan, saya tidak tahu sama sekali, tidak daripada saya dan pemimpin kerajaan, yang lainnya" katanya kepada media selepas Majlis Seminar Fikrah Siddiq Fadzil - Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), pada Selasa (30 Mei).
Turut hadir, Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek dan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Dr Awang Sariyan.
Sabtu lalu (27 Mei), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa menerima tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan, seperti dipetik laporan Berita Harian Malaysia.
Menurutnya, tawaran itu dibuat kerana PH khususnya PKR menyedari kedudukannya tidak kukuh, apatah lagi jumlah kerusi Melayu parti berkenaan tidak sebanyak PAS.
Pada Isnin (29 Mei) pula Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan perkara sama dengan mendedahkan ada pihak menemui beliau mengemukakan tawaran itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.