Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

“Saya tidak layan kenyataan berdolak dalih", tegas Anwar Ibrahim tentang calon PKR bagi PRU15

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memilih pemimpin parti yang masih meneruskan persaingan dalaman sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata presidennya Anwar Ibrahim.

Anggaran Waktu Membaca:
“Saya tidak layan kenyataan berdolak dalih", tegas Anwar Ibrahim tentang calon PKR bagi PRU15

Anwar Ibrahim. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 16 Jul 2022 05:35PM Dikemas Kini : 16 Jul 2022 05:35PM
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan memilih pemimpin parti yang masih meneruskan persaingan dalaman sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata presidennya Anwar Ibrahim.

“Saya selaku presiden tidak akan memaafkan saudara di ranting, cabang, AMK (Angkatan Muda Keadilan), wanita yang memilih untuk meneruskan persaingan sebelum pemilihan parti. Kalau terus berlaku begitu, jaminlah tidak ada surat watikah (calon PRU) akan sampai ke saudara.

“Biduk lalu, kiambang bertaut. Memaknai dan menghayati idealisme lebih sukar dari sekadar mengolah dan mengungkapkannya. Gesaan ini terpakai untuk semua kepimpinan,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional ke-16 PKR dengan tema Menjulang Keadilan pada Sabtu (16 Jul).

Encik Anwar yang mempertahankan jawatan nombor satu parti tanpa bertanding dalam pemilihan PKR 2022, juga berikrar akan memastikan saf kepimpinan untuk bersatu, menghormati adab berjemaah dan kekal inklusif bagi merangkul semua kekuatan parti sebagai gerakan rakyat.

Katanya, PKR akan terus memperteguh hubungan bersama DAP, Amanah dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRU15, dan bersedia mewujudkan jaringan dengan semua parti politik pembangkang sealiran dari segi dasarnya.

“Saya tidak layan kenyataan yang berdolak dalih. PH akan kekal sebagai induk terkuat dan sebarang bentuk kerjasama dengan pembangkang mesti berteraskan prinsip yang sama dengan PH dan bukannya semata-mata ‘political expediency’ menuju PRU15,” katanya.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Loke; Presiden Amanah Mohamad Sabu; Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Sumber : Bernama/HA/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa