"Saya tidak begitu mulia" kata Dr Mahathir berhubung petisyen calonkannya bagi Hadiah Nobel
Jawapan ringkas dan spontan daripada Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai usaha melobi namanya sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.

Gambar dai laman petisyen change.org. (Gambar: change.org)
PETALING JAYA: "Saya tidak begitu mulia”.
Itulah jawapan ringkas dan spontan daripada Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad apabila ditanya mengenai usaha melobi namanya sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.
Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu selama tiga jam di ibu pejabat PPBM di Menara Yayasan Selangor, hari ini (28 Mei).
Satu petisyen dalam talian dimulakan Sabtu lalu (26 Mei) buat Dr Mahathir untuk dipertimbangkan sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini.
Petisyen tersebut dimulakan oleh Alexandria Abishegam yang merasakan bahawa Dr Mahathir memberi inspirasi kepada jutaan pengundi pada PRU14 bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kuasa persekutuan dengan cara aman tanpa keganasan.
BN yang memerintah negara selama 61 tahun ditewaskan oleh gabungan PH, hasil pimpinan Dr Mahathir yang kembali ke dunia politik pada usia 92 tahun.
Petisyen yang menggunakan platform Change.org itu turut membandingkan Dr Mahathir dengan pejuang revolusi antiapartheid iaitu tokoh Afrika Selatan, Nelson Mandela.
Sejak dimulakan petisyen untuk ditujukan kepada Yayasan Nobel, ia sudah menarik sokongan daripada sekitar 26,300 penandatangan
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.