Saya tidak akan serang peribadi Anwar, kata Isa Samad
Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerang peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sepanjang kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad. (Gambar: YB Tan Sri Hj Mohd Isa Bin Dato' Hj Abd Samad/Facebook)
PORT DICKSON: Mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad menegaskan bahawa beliau tidak akan menyerang peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sepanjang kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Calon bebas itu berkata, sebaliknya corak kempennya lebih tertumpu kepada khidmat yang pernah diberikan beliau selama ini kepada masyarakat setempat.
"Kalau nak bangkitkan serangan peribadi (Anwar) calon Pakatan Harapan, saya boleh ceritakan sejak tahun 1998 lagi… semua dalam kocek saya, tapi ia tidak eloklah. Bagaimanapun, saya dan Anwar adalah kawan lama," kata Encik Mohd Isa kepada para wartawan ketika ditemui di akhir program 'walkabout' di Kampung Arab dan Air Meleleh di Port Dickson pada Selasa (2 Okt).
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai serangan beberapa pemimpin PH terhadap dirinya dalam satu program ceramah di Kampung Pitchitan pada Isnin (1 Okt).
PRK Parlimen Port Dickson menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Encik Anwar, Encik Mohd Isa, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar (PAS) dan empat calon bebas, termasuk bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.