Skip to main content

Dunia

'Saya tak larikan diri' - Jamal Yunos

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dicari polis sejak kelmarin (25 Mei), akhirnya muncul dan menghubungi pasukan peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala.

Anggaran Waktu Membaca:
'Saya tak larikan diri' - Jamal Yunos

(Gambar: Jamal Yunos Dsjy/ Facebook)

Diterbitkan : 27 May 2018 02:02PM Dikemas Kini : 27 May 2018 02:06PM

MALAYSIA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang dicari polis sejak kelmarin (25 Mei), akhirnya muncul dan menghubungi pasukan peguamnya untuk menyelesaikan proses ikat jamin yang tergendala.

Peguam, Datuk Mohd Imran Tamrin dalam satu kenyataan awal pagi tadi (27 Mei) memberitahu Harian Metro, Datuk Seri Jamal sudah menghubunginya dan memaklumkan sedia memberikan kerjasama kepada pihak polis untuk menyempurnakan proses berkenaan.

"Beliau menjelaskan bahawa pada petang hari kejadian beliau bergegas keluar dari hospital selepas diizikan pihak hospital untuk mengejar urusan waktu pejabat yang lain.

"Pada ketika itu, beliau percaya dan beranggapan proses ikat jamin selesai dan sempurna," katanya seperti ditukil Harian Metro.

Tambah beliau, Datuk Seri Jamal juga memaklumkan bahawa masih belum sihat sepenuhnya dan masih beransur pulih.

"Beliau akan hadir ke mahkamah untuk menyempurnakan proses ikat jamin dan memberikan kerjasama kepada pihak polis setelah beliau benar-benar sihat.

"Kita percaya berlaku sedikit salah faham, sehingga perkara dan situasi beliau terbabit dieksploitasi dengan tanggapan negatif," kata Encik Mohd Imran lagi.

Datuk Seri Jamal katanya tidak melarikan diri dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa serta bersedia untuk memberikan kerjasama yang sewajarnya. Tambahnya, pihaknya juga sudah memaklumkan perkembangan terbaru itu kepada pihak polis.

Sementara itu, Jamal menerusi satu rakaman audio yang diedarkan kepada pihak media, mendakwa dia menyangkakan tempoh tahanan reman dan proses jaminan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya pada hari terbabit (Jumaat) sudah selesai.

Menurut Harian Metro, kehilangan Datuk Seri Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada 5.30 petang, kelmarin (25 Mei). Beliau dikatakan tiada di bilik wad, namun peguam dan penjaminnya masih berada di hospital berkenaan.

Peguam Jamal mendakwa beliau didapati hilang sejak 3.00 petang selepas kesnya didengar Majistret Raja Noor Dilla Raja Mahyaldin dan diberi jaminan sebanyak RM3,000 (S$1,000).

Operasi sekatan jalan raya kemudian dilakukan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bagi mengesan Jamal.

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita