"Saya rasa amat yakin", kata Trump selepas mengundi di Florida
Calon presiden Republican itu berkata beliau akan menerima keputusan pilihan raya yang "adil."
Anggaran Waktu Membaca:

Encik Trump bersama isterinya Melania selepas mengundi di Pusat Rekreasi Barbara Mandel, Florida. (Gambar: AP)
WASHINGTON: Calon presiden Republican dan mantan Presiden Donald Trump telah mengundi pada Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) di negeri Florida pada Selasa (5 Nov), lapor Agensi Anadolu.
Memakai topi merah dengan slogan "Make America Great Again", Encik Trump, bersama isterinya Melania, mengundi di pusat pengundian di Palm Beach berhampiran kediamannya.
Bercakap kepada pemberita selepas mengundi, Encik Trump berkata bahawa beliau berasa dihormati melihat barisan panjang pengundi.
“Saya rasa sangat yakin. Anda tahu, kami memulakan hari ini dengan kelebihan besar, dan nampaknya Republican hadir dalam jumlah besar. Jadi, kita akan lihat bagaimana hasilnya. Tetapi nampaknya mereka benar-benar hadir dalam jumlah besar,” kata Encik Trump kepada pemberita.
Calon Republican itu berkata beliau akan memantau keputusan pilihan raya dari Mar-a-Lago, resortnya yang juga Mercu Tanda Bersejarah Kebangsaan di Palm Beach, dan mendakwa beliau mempunyai "kelebihan ketara."
Apabila ditanya sama ada beliau memberitahu penyokongnya supaya tidak bertindak ganas berkaitan keputusan pilihan raya, Encik Trump berkata beliau tidak perlu memberitahu mereka tentang itu.
“Sudah tentu, tidak akan ada keganasan. Penyokong saya bukan orang yang ganas dan saya sudah tentu tidak mahu sebarang keganasan, tetapi saya tidak perlu memberitahu... mereka ini orang yang hebat,” katanya.
Encik Trump turut berkata beliau akan menerima keputusan pilihan raya yang "adil."
“Jika saya kalah dalam pilihan raya, jika ia pilihan raya yang adil, sayalah yang pertama mengakuinya. Dan saya rasa ia adil,” katanya.
Jutaan rakyat Amerika sedang mengundi untuk memilih antara Encik Trump dan pesaing Democratnya, Kamala Harris, bagi jawatan Presiden ke-47 AS.

Sumber : Bernama/SU/su
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.