'Saya mesej Jho Low demi UMNO', kata saksi dalam kes 1MDB Najib
Anggaran Waktu Membaca:

Cik Joanna Yu Ging Ping. (Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Rabu (8 Feb)bahawa, tindakannya berkomunikasi dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, tidak memberi manfaat kepada dirinya, tetapi faedah buat UMNO.
Joanna Yu Ging Ping, 52 tahun, berkata demikian dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram, dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Najib Razak lapor Astro Awani.
Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah, saksi pendakwaan ke-41 itu berkata, berkomunikasi dengan Jho Low dibuat melalui Blackberry Messenger (BBM) dan ia hanya menyentuh urusan perbankan bekas Perdana Menteri itu.
“Perbualan pada jam 1 pagi, 21 Ogos 2014 lalu adalah berhubung pembayaran RM5 juta (S$1.5 juta) kepada UMNO dan ia bukan untuk faedah diri saya atau Jho Low sebaliknya demi UMNO,” katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib.
Ahmad Akram: "Perbualan sepanjang malam itu mengenai apa?"
Joanna: "Dia (Jho Low) beritahu sekitar jam 1 pagi, ada cek RM5 juta (S$1.5 juta) untuk UMNO, saya kata cukup (baki dalam akaun) kalau dimasukkan esok, itu sahaja."
Ahmad Akram: "Wang untuk faedah siapa?"
Joanna: "UMNO."
Ahmad Akram: "Bukan untuk faedah kamu dan Jho Low?"
Joanna: "Bukan, ia dibuat supaya cek itu tidak ditendang."
Dalam soal balas pagi tadi, peguam, Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Ahli Parlimen Pekan itu, merujuk pada perbualan BBM antara Cik Yu dan Jho Low.
Peguam itu berkata, timbul kejanggalan buat seorang wanita yang sudah berkahwin, menghubungi seorang lelaki lain, pada lewat malam sehingga jam 5 pagi.
“Kamu juga bertemu dengan Jho Low di rumah mewahnya di Jalan Kia Peng, tetapi kamu sudah berkahwin, adakah suami kamu tidak kisah dengan tindakan itu,” soal Muhammad Shafee.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Deepa Nair Thevaharan membantah soalan berkenaan kerana ia menyentuh keperibadian saksi, selain tidak wajar untuk diutarakan, menurut laporan Astro Awani.
Hakim Collin Lawrence Sequerah kemudiannya mengarahkan Muhammad Shafee tidak mengulangi soalan tersebut.
Cik Yu berkata, kehadirannya di rumah Jho Low dibuat kerana urusan kerja sama ada untuk projek Jho Low, 1MDB mahupun urusan perbankan.
“Kalau ke rumah Jho Low, saya tidak bersendirian, tetapi ia turut ditemani pegawai lain antaranya Shahrol Azral Ibrahim Halmi (bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Sdn Bhd) dan Azmi Tahir (bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB),” katanya.
Mantan PM Malaysia Najib Razak, 70 tahun, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion (S$711 juta) dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.