Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

"Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan," tegas Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
BERA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa beliau masih calon Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Encik Ismail Sabri kepada Astro AWANI, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.

"Setakat ini tidak ada keputusan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang mengatakan sebaliknya.

"Keputusan untuk saya jadi poster boy selepas PRU15 diputuskan MKT, Perhimpunan Agung UMNO (PAU), baru-baru ini 156 daripada 190 UMNO Bahagian membuat usul mencadangkan calon Perdana Menteri selepas PRU15.

"Perkara itu tidak ada mesyuarat memutuskan sebaliknya, maknanya apa diputuskan masih kekal," katanya kepada Astro AWANI.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin UMNO yang berasa kecewa kerana digugurkan sehingga ada yang bertanding atas tiket parti lawan, Encik Ismail Sabri berkata bahawa beliau memahami situasi yang dialami oleh rakan-rakannya itu.

Bagaimanapun jelas Encik Ismail Sabri, meskipun ia mengundang rasa kecewa dan sedih, setiap pemimpin seharusnya kembali membantu parti dalam gelanggang PRU15.

"Saya sebutkan bahawa tak puas hati dan kecewa itu tak boleh disalahkan kepada sesiapa, sesiapa digugurkan akan rasa kecewa tapi dua tiga hari selepas itu kembali menyokong siapa bertanding kerana tujuan sama memastikan BN menang.

"Yang penting bukan individu tapi parti, mereka bertanding kali ini atas lambang parti. Di Bera yang bertanding bukan Ismail Sabri tapi BN, jika prinsip itu dipegang akhirnya kita kembali kepada parti dan pastikan parti menang dalam PRU," katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan