"Saya ada di rumah, saya sihat, Alhamdulillah."- Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini (23 Jan) menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.

Gambar Fail: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad meninggalkan sebuah acara di Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Gambar: Reuters)
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini (23 Jan) menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.
Dalam sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Dr Mahathir berkata: "Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah."
Beliau turut memuat naik kenyataan: 'Saya sihat, alhamdulillah =)' sebagai kapsyen pada video itu.
Baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan Dr Mahathir tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.