Saudia keluarkan amaran; jangan jual tiket penerbangan ke 4 bandar Saudi ini
Saudia mengeluarkan amaran kepada agensi-agensi pelancongan agar tidak mengeluarkan tiket penerbangan bagi ketibaan di bandar-bandar Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif, mulai 9 Jun.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Agensi Berita)
ARAB SAUDI: Syarikat penerbangan Saudi Arabian Airlines atau Saudia mengeluarkan amaran kepada agensi-agensi pelancongan agar tidak mengeluarkan tiket penerbangan bagi ketibaan di bandar-bandar Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif, mulai 9 hari bulan ini, lapor Saudi Gazette.
Larangan itu berkuat kuasa bagi semua jenis visa lawatan ke Saudi, sehingga 9 Julai ini.
Menurut jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Saudi, Brigadier Jeneral Sami Al-Shuwairekh, langkah tersebut sejajar dengan usaha menyelaraskan ibadah haji tahun ini, menurut Arab News.
Sementara itu, semua warga asing perlu mendapatkan permit untuk memasuki bandar Makkah, mulai minggu lalu.
Kesemua kenderaan dan penduduk Makkah yang tiada dokumen yang diperlukan itu, perlu berpatah balik, seperti dipetik Arab News.
Ini sejajar dengan pemansuhan visa umrah untuk warga asing mulai penghujung bulan Syawal, semalam (31 Mei).
Penutupan sementara visa umrah untuk rakyat asing itu bertujuan memberikan pihak berkuasa Saudi lebih banyak ruang dan masa bagi persiapan haji yang dijangka mencapai kemuncaknya pada awal Julai depan.
Sekitar 850,000 jemaah dari luar Saudi yang dibenarkan buat haji tahun ini, dijangka mula tiba di negara itu, pada 4 Jun ini.
Semua penerbangan jemaah haji ke Saudi pula dijangka dihentikan beberapa hari sebelum bermulanya kemuncak ibadah haji pada 8 Julai depan.

Sumber : Agensi berita/AA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.