Saudia Group tubuh anak syarikat baharu untuk tingkatkan pengalaman jemaah Haji & Umrah
Saudia Group mengumumkan pelancaran anak syarikat Saudia Hajj and Umrah, yang bertujuan meningkatkan pengalaman para jemaah.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Saudia
ARAB SAUDI: Saudia Group mengumumkan pelancaran anak syarikat Saudia Hajj and Umrah, yang bertujuan meningkatkan pengalaman para jemaah.
Ini merupakan anak syarikat yang ke-13 kumpulan itu yang mempunyai rangkaian anak syarikat yang luas di bawah sektor penerbangan.
Pengumuman itu dibuat di Persidangan dan Pameran Khidmat Haji dan Umrah yang diadakan pada 8 hingga 11 Januari di Jeddah Superdome.
Anak syarikat itu secara strategik akan memberi tumpuan kepada peluasan operasi, khidmat dan produk untuk para jemaah dari seluruh dunia.
Ini termasuk meluaskan kekerapan penerbangan dan kapasiti tempat duduk di semua penerbangan Saudia, termasuk penerbangan Haji dan Umrah serta projek menyeluruh untuk memodenkan dan membangunkan jumlah penerbangan.
Wadah digital https://umrahbysaudia.com/ juga telah direka untuk mempertingkatkan pengalaman perjalanan.
Ia menawarkan pakej-pakej meliputi tempahan penerbangan, tempat penginapan, pengangkutan dan lawatan ke tapak-tapak bersejarah Islam.
Hiburan dalam penerbangan akan dilengkapi dengan audio dan visual berunsurkan Islam serta kandungan bertulis bagi semua saluran yang ditayangkan dalam paparan skrin dalam pesawat.
Ketua pengarah Saudia Group, Ibrahim Al Omar berkata: "Kami amat berbesar hati untuk melancarkan Saudia Hajj and Umrah, iaitu langkah ketara bagi merealisasikan sasaran yang bertujuan mempertingkatkan pengalaman para jemaah selaras dengan objektif Wawasan Saudi 2030."
"Komitmen kerajaan Arab Saudi dicerminkan dalam pembangunan pesat dalam sistem perkhidmatan dan kemudahan yang canggih."

Sumber : Sumber Web/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.