Saudia gantung penerbangan ke Sudan selepas pesawatnya ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum

(Gambar: Sumber web)
JEDDAH: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia, menggantung semua penerbangan ulang-alik ke Sudan sehingga diberitahu kelak.
Ini setelah pesawat Saudia ditembak ketika tercetus insiden keselamatan di di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum di Sudan, lapor Saudi Gazette.
Dalam kenyataannya pada Sabtu (15 Apr), Saudia menyatakan, salah satu pesawatnya, Airbus 4330 Nombor Penerbangan 59458, ditembak sebelum ia berlepas menuju ke Riyadh pada pukul 7.30 pagi Sabtu di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum.
Tembakan itu menyebabkan kerosakan pada pesawat tersebut ketika ia sedang membuat persiapan untuk berlepas ke Riyadh, menurut Saudia.
Saudia turut menarik perhatian, semua anak kapal dan penumpang berada di dalam pesawat itu semasa kejadian tersebut.
Saudia turut mengesahkan semua anak kapal sudahpun tiba di Kedutaan Saudi di Khartoum.
Semua pesawat yang melakukan penerbangan ke Sudan sudahpun pulang ke Saudi, termasuk semua penerbangan ulang-alik ke Sudan bagi melindungi keselamatan penumpang dan anak kapal dalam pesawat.
Pusat Penyelarasan Kecemasan Saudia bekerjasama dengan anak kapal dan kakitangan Saudia di lapangan terbang itu dan juga Kedutaan Saudi di Sudan dan agensi-agensi rasmi yang lain berhubung semua perkembangan berkaitan insiden tersebut.
Ia turut menyediakan pusat panggilan di luar dan dalam Arab Saudi supaya keluarga penumpang dan anak kapal boleh menghubungi Saudia. Talian hotlinenya adalah: 8004343333 bagi panggilan dalam Saudi manakala +966126864333 di luar Saudi.
Saudia menyatakan, ia akan mendedahkan lebih banyak maklumat dalam satu kenyataan tambahan.
Syarikat-syarikat penerbangan lain yang berpangkalan di Arab Saudi seperti flynas dan flyadeal sudahpun menggantung semua penerbangan ke Sudan sehingga diberitahu kelak, lapor Saudi Gazette.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar Arab Saudi, negara itu turut menyuarakan keprihatinan yang mendalam terhadap ketegangan dan pertempuran yang tercetus antara Tentera Sudan dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.