Saudia bakal kendali khidmat teksi terbang antara Jeddah dengan Makkah
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/SPA)
MAKKAH: Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia, merancang untuk mengendalikan teksi terbang yang akan membawa jemaah haji antara Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah ke hotel di Makkah.
Saudia bercadang untuk membeli kira-kira 100 pesawat untuk menjalankan perkhidmatan tersebut, lapor Saudi Gazette.
Syarikat penerbangan negara Saudi itu membuat persiapan unutk menggunakan teksi udara sebagai pilihan pengangkutan baharu pada musim haji tahun ini, menurut Abdullah Al-Shahrani, Pengarah Perhubungan Korporat dan jurucakap Kumpulan Saudia.
Beliau berkata bahawa Kumpulan Saudia sudah bersetuju membeli 100 jet Lilium, pesawat elektrik berlepas dan mendarat menegak (eVTOL) dari Jerman.
Ia akan berulang-alik antara lapangan terbang Jeddah dan hotel di Makkah, berdekatan Masjidil Haram dan tempat-tempat suci lain.
"Pesawat elektrik Lilium adalah di antara pesawat pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunakan kuasa elektrik.
Encik Shahrani menarik perhatian bahawa teksi udara itu boleh membawa empat sehingga enam penumpang.
"Pesawat Lilium mempunyai kadar pelepasan karbon yang rendah dan merupakan pesawat mesra alam, menjadikannya satu pilihan bagi perjalanan udara dan memendekkan masa penerbangan, kerana ia boleh meliputi jarak 250 kilometer."
"Melalui pembelian hampir 100 pesawat, Saudi Airlines berhasrat untuk melancarkan khidmat lanjutan untuk menghubungkan beberapa destinasi perjalanan melalui pesawat elektrik ini, dan akan menyokongnya dengan laluan udara antara lapangan terbang utama tempat Saudia beroperasi," katanya sambil menambah ia adalah khidmat khas bagi tetamunya.
Beliau berkata, pesawat itu juga menampilkan kabin unik yang menawarkan beberapa pilihan bagi susunan tempat duduk, dan dicirikan dengan ruang luas yang memenuhi keperluan tetamu elit yang mencari pengalaman perjalanan yang terbaik.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.