Saudi usir 205,000 orang tanpa permit haji
Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan, bagi musim haji tahun ini, ia sudah mengusir 205,000 orang tanpa permit haji dari Makkah.
Malah, 269,000 orang yang tiada permit haji juga dilarang daripada memasuki kota suci Makkah.
Dalam pada itu, lebih 1,200 ditangkap kerana cuba mengangkut mereka yang tiada permit haji yang sah.
SUHU PANAS BOLEH BAWA MAUT
Pada musim haji tahun lalu, lebih 1,300 jemaah haji maut - kebanyakan mereka tiada permit haji yang sah, di tengah-tengah cuaca panas yang mencecah sehingga 50 darjah Celsius.
Jemaah haji perlu melaksanakan rukun-rukun haji selama lima hari di luar, dan sering di bawah cuaca panas terik, di kalangan kesesakan orang ramai.
Ramai yang perlu berjalan lebih 25 kilometer dalam sehari, di tengah-tengah persekitaran yang belum pernah dialami sebelum ini.
Dalam kalangan jemaah haji tahun ini Belhajj Beafo, seorang jemaah haji dari Algeria.
Ini merupakan kali pertama beliau akan menunaikan haji dan beliau berharap rukun-rukun haji akan dapat dilaksanakan oleh semua orang yang menginginkannya.
Bagi Layla Saad, seorang jemaah haji dari Mesir, perjalanan haji ini adalah perjalanan rohani, dan doa pertamanya adalah untuk para penduduk Gaza dan Sudan.
Beliau juga berharap pertumpahan darah di semua negara Arab dapat dielakkan.
KHIDMAT KECEMASAN DIPERTINGKAT
Untuk menyokong berjuta-juta jemaah haji yang bakal mengerjakan haji tahun ini, pihak berkuasa Arab Saudi meningkatkan perkhidmatan kesihatan dan kecemasan.
Menurut Menteri Kesihatan Saudi, Fahad bin Abdulrahman Al-Jalajel, pihak berkuasa menjangkakan pelbagai risiko alam sekitar, termasuk strok haba, strok panas, dan kemungkinan hujan.
Pihaknya akan bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk meningkatkan kawasan teduhan di kawasan pejalan kaki, lebih banyak kipas semburan kabus, dan kempen penanaman pokok besar-besaran.
USAHA DIAMBIL UNTUK BENDUNG PEMANASAN GLOBAL
10,000 batang pokok ditanam untuk memperbaiki persekitaran, mengurangkan haba, dan menyediakan kawasan berteduh.
Kesediaan perubatan juga ditingkatkan seperti menambah kapasiti katil sebanyak 60%.
Encik Al-Jalajel berkata sebuah hospital kecemasan baharu dengan 200 katil dibina di Mina, dengan tiga hospital lapangan ditambah.
Tahun ini, teknologi memainkan peranan yang lebih besar dalam keselamatan dan logistik dalam musim haji.
Buat kali pertama, dron digunakan untuk memantau pergerakan orang ramai, bertindak balas terhadap kebakaran atau kemalangan, dan menghantar bekalan perubatan.

Sumber : Agensi berita/AA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.