Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi umum bantuan kemanusiaan bernilai S$65 juta bagi mangsa gempa Turki, Syria

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Arab Saudi pada Isnin (20 Feb) memeterai projek kemanusiaan bernilai lebih 183 juta riyal (S$65 juta) bagi mangsa gempa bumi di Turki dan Syria. 

Projek itu termasuk pembinaan 3,000 unit perumahan untuk melindungi mangsa yang terjejas gempa bumi, bernilai 75 juta riyal (S$26 juta), serta pembiayaan anak yatim dengan inisiatif bernilai 40 juta riyal (S$14 juta). Ia selain projek bernilai 18 juta riyal (S$6 juta) untuk membantu mereka yang terjejas gempa bumi, lapor Saudi Gazette. 


Projek berkenaan juga termasuk menyediakan khidmat jagaan kesihatan  bernilai 17.8 juta riyal (S$6 juta), serta huraian sanitasi dan bekalan air bernilai 6.5 juta riyal (S$2 juta). 

Arab Saudi juga akan menawarkan bekalan makanan asas bernilai 6.5 juta riyal (S$2 juta) dan respons perubatan segera bernilai 19.8 juta riyal (S$7 juta) bagi membantu mangsa terjejas gempa bumi di Syria.

Projek-projek dan inisiatif tersebut diumumkan pada Isnin semasa edisi ketiga Forum Kemanusiaan Antarabangsa Riyadh di bawah naungan Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman, dengan kehadiran Amir Riyadh Putera Faisal bin Bandar. 

Dr Abdullah Al-Rabeeh, penasihat  Diraja dan pengawal selia am bagi KSRelief, berkata, Arab Saudi menambah nilai kepada usaha kemanusiaan dan kerja bantuan. "Terdapat keperluan besar untuk membiayai kerja-kerja kemanusiaan." 

Dr Al-Rabeeah  berkata, edisi ketiga Forum Kemanusiaan Antarabangsa Riyadh akan membincangkan usaha perpaduan,  mekanisme melaksanakan respons kemanusiaan dan memberi tumpuan kepada isu jaminan bekalan makanan, penghijrahan serta menyokong kajian bagi kerja-kerja kemanusiaan. 

Wakil tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Abdulaziz bin Mohammed Al-Wasel mengesahkan, negara-negara harus bekerjasama dari segi kerja kemanusiaan untuk mengatasi cabaran. 

"Keperluan kemanusiaan dan krisis-krisis lain hanya boleh ditangani dengan semua pihak bersatu padu," kata Al-Wasel. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan