Skip to main content

Dunia

Saudi tuan rumah sidang puncak Arab seterusnya

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi tuan rumah sidang puncak Arab seterusnya

Menteri Ehwal Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan sewaktu ucapannya di sesi penutup Sidang Puncak Liga Arab ke-31 di Algiers pada 2 November 2022. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 03 Nov 2022 10:19AM

ALGIERS: Menteri Ehwal Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan pada Rabu (2 Nov) mengumumkan bahawa Arab Saudi akan menjadi tuan rumah bagi sesi ke-32 Majlis Liga Arab di Peringkat Sidang Puncak. 

Sewaktu ucapannya di sesi penutup Sidang Puncak Liga Arab ke-31, Putera Faisal mengucapkan terima kasih kepada Presiden Algeria Abdelmadjid Tebboune atas sambutan dan layanan yang diberikan kepada beliau serta delegasi yang mengiringinya. 

Putera Faisal menekankan penghargaan Saudi terhadap hasil sidang puncak itu, yang melambangkan peranan Liga Arab dalam mengambil tindakan bersama, lapor Saudi Gazette. 

Beliau menambah Arab Saudi mengalu-alukan ketua-ketua negara dan para pemimpin anggota negara Liga Arab ke negaranya bagi sidang puncak seterusnya. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita