Saudi tegaskan jemaah perlu permit rasmi untuk tunai haji
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail Masjidil Haram semasa musim haji. (Gambar: AFP)
MAKKAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menegaskan semua individu yang ingin menunaikan haji pada tahun ini perlu mendapatkan permit rasmi daripada platform 'Nusuk' serta platform digital permit haji, 'Tasreeh'.
Kementerian itu menekankan pematuhan kepada peraturan itu adalah penting untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan para jemaah haji dan memastikan pengalaman menunaikan ibadah haji yang lancar dan selamat.
Dalam satu kenyataan rasmi, kementerian itu menegaskan bahawa tiada jenis visa -selain daripada visa haji rasmi - memberikan para pemegang visa hak untuk menunaikan haji.
Ia turut memberi amaran bahawa percubaan untuk menunaikan ibadah haji tanpa permit yang sah adalah satu pelanggaran peraturan haji.
Kementerian tersebut juga memberi amaran terhadap kempen penipuan haji yang dipromosikan melalui iklan mengelirukan di platform media sosial, menawarkan perkhidmatan penginapan dan pengangkutan yang tidak dibenarkan di Makkah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.