Saudi tangguh pemberian visa umrah sebagai persediaan musim haji 1445H
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Abdel Ghani Bashir/AFP)
JEDDAH: Pemberian visa umrah melalui aplikasi telefon bijak "Nusuk" ditangguhkan mulai Khamis, 23 Mei (15 Zulkaedah) hingga 21 Jun (15 Zulhijjah).
Perkara itu dinyatakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam infografik yang dimuat naik ke akaun X kementerian itu pada Khamis (23 Mei), sekali gus melarang semua kategori pemegang visa pelancong dari memasuki Makkah sepanjang tempoh berkenaan bagi melancarkan persediaan musim haji 1445 Hijrah.
Kementerian itu turut menegaskan, hanya pemegang visa haji sahaja yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, serta mengingatkan mengenai pelaksanaan hukuman berat terhadap individu yang ditahan kerana berada di tujuh kawasan yang dikhususkan untuk jemaah haji secara tidak sah.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan penguatkuasaan denda 10,000 Riyal terhadap individu yang memasuki tujuh kawasan larangan tanpa permit haji iaitu Makkah, Wilayah Tengah, Masyair, stesen kereta api Haramain di Rusayfah, pusat kawalan keselamatan, pusat pengasingan dan pusat kawalan keselamatan sementara.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.