Skip to main content

Dunia

Saudi tambah 210,000 kerusi Kereta Api Laju Haramain untuk Haji 2026

Anggaran Waktu Membaca:
Saudi tambah 210,000 kerusi Kereta Api Laju Haramain untuk Haji 2026

Para penumpang di Saudi berjalan di platform stesen kereta api Makkah. (Gambar fail: AFP)

RIYADH: Perusahaan Kereta Api Arab Saudi (SAR) mengumumkan peningkatan kapasiti Kereta Api Laju Haramain untuk musim Haji 2026 kepada lebih 2.21 juta tempat duduk bagi memenuhi peningkatan permintaan pengangkutan antara Makkah dan Madinah.

Ini menandakan penambahan lebih 210,000 tempat duduk berbanding musim sebelumnya, dengan perancangan sebanyak 5,308 perjalanan atau peningkatan sekitar 11 peratus, menurut Saudi Press Agency.

Pengangkutan kereta api bagi jemaah haji dari stesen Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz ke stesen Makkah akan bermula pada Selasa (5 Mei), menandakan permulaan musim Haji 2026.

Armada kereta api laju itu terdiri daripada 35 set tren yang beroperasi pada kelajuan sehingga 300 km sejam di laluan sepanjang 453 kilometer, lapor Saudi Press Agency.

Perjalanan antara Makkah dengan Madinah mengambil masa kira-kira dua jam, dengan lima stesen utama yang menghubungkan kedua-dua kota suci tersebut serta Jeddah.

Inisiatif ini menyokong Strategi Pengangkutan dan Logistik Nasional serta Wawasan Saudi 2030 bagi meningkatkan perkhidmatan kepada jemaah dan memperbaiki keseluruhan pengalaman ibadah haji.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita