Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Saudi siap swastakan empat lapangan terbangnya, dedah Menteri Pengangkutan

Penguasa penerbangan awam Arab Saudi sedang membuat persiapan untuk menawarkan empat lapangan terbang kepada sektor swasta, lapor Agensi Media Saudi yang menukil Menteri Pengangkutan dan Logistik Saudi Saleh bin Nasser Al-Jasser.

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Penguasa penerbangan awam Arab Saudi sedang membuat persiapan untuk menawarkan empat lapangan terbang kepada sektor swasta, lapor Agensi Media Saudi yang menukil Menteri Pengangkutan dan Logistik Saudi Saleh bin Nasser Al-Jasser.

Beliau berkata demikian di Forum Pelaburan Perbandaran di Riyadh pada Selasa (24 Jan). 

Laporan itu menukil beliau sebagai berkata bahawa buat masa ini terdapat 22 peluang pelaburan dalam sektor pengangkutan Saudi, yang sedang menjalani pengembangan besar-besaran sejajar dengan Strategi Logistik dan Pengangkutan Kebangsaan.

Program menyeluruh itu bertujuan untuk menempatkan Saudi sebagai sebuah hab logistik global yang menghubungkan tiga benua dan meningkatkan kesemua khidmat pengangkutan bagi menyokong Wawasan Saudi 2030.

Strategi itu berharap dapat memikat dana sebanyak SR600 bilion (S$210 bilion).

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan